Monday

pengalaman buruk di terminal bersepadu selatan, bts.

hello :)

sekarang saya dekat serdang, rumah kakak. untuk pengetahuan semua, saya baru je balik dari balai polis untuk buat satu report. report tu berkaitan dengan peristiwa yang berlaku semalam. mari sini saya cerita sikit, bagi pengajaran kat semua orang.

semalam saya naik bas dari pontian turun di terminal bersepadu selatan, bandar tasik selatan. saya nak naik lrt, tetiba masa jalan dekat jejantas yang ke tempat lrt tu, ada orang tarik saya dan bagi kupon yang mengandungi hadiah kononnya. bila saya buka, kononnya saya dapat mega bonus. semua dok bersalam dgn saya cakap tahniah. dan saya pelik kenapa saya mengikut je apa diorang cakap lepas tu. kawan saya kata, maybe saya kena pukau. orang tu suruh saya pergi office dia. dengann bodohnya saya mengikut.

dekat sana, baru tahu saya dapat hadiah apa. saya kata saya taknak, so dia cakap dia akan jualkan untuk saya. tapi saya kena bagi duit dulu. serius, saya taknak bagi tapi dia bawa saya ke bank. keluarkan semua duit yang saya ada. dan bagi dia. lepas ambil duit saya, dia suruh saya balik naik teksi.

macam bodoh kan? dan saya tak sedar kenapa saya bodoh sangat.

so, hati-hati tau kalau awak kat sana.

2 comments:

azrijohan said...

peh,bahaya betul
last week,kawan den pon kena...kat stesen LRT jgk...

KasGUs said...

musti hati2