Sunday

intec dan program-program yang ada.

hello readers.

aku baru lepas tengok satu blog ni. ada sikit rasa tak puas hati. tapi buat bodoh jelah haha. ok malas nak cerita pasal benda tu. tidur lagi baik. krooooiiihh..

sedikit update tentang intec, sebab ada yang tanya ada program apa kat sini. lepas tu ada yang tak tau negara mana boleh pergi. nah, aku ambil ni dari beg kertas intec. bacalah :D

  • American Degree Transfer Programme (ADFP) - ini setahun, setahu aku lah. ramai kawan aku yang under MARA dapat program ni. pergi US. banyak bidang contoh macam aktuari dan sebagainya.
  • American Credit Transfer Programme (ACTP) - untuk tahun pertama, ADFP dan ACTP dikenali dengan nama yang sama. aku dengar yang ni lama sikit, entahlah. banyak bidang. ramai kawan aku yang under JPA dapat ini.
  • A-Level Medicine Programme (ALM) - program yang aku tahu, dekat intec ada tiga jenis budak ALM. twinning PMC-Ireland, MMC-India, dan juga IMU (tak confirm negara sama ada UK atau Ireland) bidang perubatan dan farmasi. farmasi ke IMU.
  • A-Level UK (ALUK) - nama saja ALUK. tapi tak semestinya kau akan ke UK. banyak bidang dan penaja. contoh macam bidang akaun dan architecture. penaja-penaja seperti Shell dan Petronas, budak-budaknya ada juga yang dihantar ke intec. mungkin akan ke UK, US atau China juga.
  • A-Level German (ALG) - setahu aku ini untuk engineering. tempoh masa persediaan lama sikit , 2 tahun setengah (program lain 2 tahun je) perlu belajar bahasa German masa persediaan. jangan risau sebab kau akan jadi tere gila cakap German. ada senior tu, dia cakap Bahasa Melayu pun dah ada slang German.
  • Look East Policy Programme - aku rasa ni ialah program Kumpulan Teknikal Jepun (KTJ) lihat pada nama, kau orang akan ke Jepun. lecturer terdiri dari orang-orang dari Jepun dan lecturer yang handal berbahasa Jepun. presentation kadang-kadang korang perlu berbahasa Jepun.
  • Australian & New Zealand Matriculation Programme (AUSMAT) - banyak bidang juga. tak tahu nak cakap apa pasal ni haha. rasanya ni untuk scholars MARA.
  • Middle East Programme (MEP) - ini fly awallllllllll weh ! ada dentistry dan medik , setahu aku. ke Middle East. belajar Bahasa Arab.
  • French Programme - aku tak berapa pasti tentang program ni.
  • Korean Programme - yang ini pun aku tak berapa pasti. tapi yang aku tahu, nanti ada program pertukaran dengan orang-orang dari Korea.
  •  Russian Programme - bidang medikal tentu ada. MARA dan JPA , setahu aku. macam batch aku, budak MARA fly awal sikit dari budak JPA. belajar bahasa Russia.


dan sebagai nota kaki, terimalah :D

merasa juga aku pegang pingat emas acara boling untuk i-Kaspro (Karnival Sukan Pelajar Program Persediaan Ke Luar Negara) terima kasih semua :')

2 comments:

masyitahfarid said...

kak liz.
dentistry selalu anta g mne selain middle east ?

run aziluz said...

under AUSMAT kot. rasanya tajaan MARA. ke australia or new zealand