Wednesday

the fastest way to wear your shawl (:

hello peeps.

tajuk nak macam sengal je. haha. ok ok ini ialah entri berbentuk tutorial juga, tapi bukanlah tutorial cara pasang itu ini di blog pun. saja nak kongsi sikit pasal cara pakai shawl paling cepat dan senang.

zaman sekarang kan kita makin busy, so ini lah serba sedikit cara nak jimatkan masa. hehe. sorry if entri ni camwhore sikit sebab banyak tepek muka sendiri. oh oh. isi penting entri ni ialah, cara pakai shawl dengan satu butang atau tanpa butang. ok? so memang takdelah cantik dan stylo pun. ni cuma cara paling mudah, khas untuk yang baru nak start pakai shawl :)

first,
cara pakai shawl dengan satu butang (err..pin?)

okay firstly, pin shawl tu macam biasa, pendekkan sebelah. macam dalam gambar atas ni ^^

then, biarkan yang pendek tu lepas macam tu je. jangan kacau lagi. ok lepas tu tarik bahagian panjang ke atas kepala macam dalam gambar juga. bagi ruang pada bahagian bawah macam dalam gambar. senang cerita, ikut dalam gambar tu buat apa :P


ok then lepaskan je bahagian hujung shawl tu dekat atas kepala. cara ni berkesan untuk shawl yang tak licin. shawl korang akan melekat je tanpa gunakan pin atas kepala. if nak lagi selamat boleh lah selitkan hujung shawl kat mana-mana yang boleh selit. ok dah siap ! cepat kan?

tadaaaa. ini hasilnya dari pandangan depan (sumpah gambar ni cam tahpape haha)

haha okay lah. sebenarnya mula-mula ingat nak share cara yang atas tu je. tapi alang-alang dah tulis ni, tulis jelah kan lagi satu (please jangan pertikaikan tajuk "the fastest way" - sepatutnya satu cara je kan. aku malas nak betulkan tajuk haha) ok, so terimalah :)

cara pakai shawl tanpa pin langsung

first of all, buat macam tadi juga, sebelah panjang sebelah pendek okay? tapi janganlah pendek sangat hihi. pandai-pandai agak okay.

lepas tu, pindahkan part pendek tu ke belakang bahu. so sekarang ni kedudukan hujung shawl korang, sebelah di depan badan dan sebelah lagi di belakang badan. yang pendek dekat belakang.

bawa hujung sebelah yang panjang tu ke atas kepala macam cara tadi juga tapi kali ni ketatkan, sebab korang tak guna pin kan. ketatkan sampai muat-muat shawl tu dekat muka korang. lebihan hujung shawl yang panjang tu letak depan badan. maksudnya sekarang, part yang pendek tadi di belakang dan part yang panjang ada dekat depan.

okay sepatutnya korang akan dapat bentuk macam atas ni ^^

ini bahagian belakang.


okay, cukup dulu untuk hari ini. kalau ada nak tanya apa-apa jangan malu jangan segan contact je aku okay? hehe. contact dekat facebook senang, www.facebook.com/pzoul

ok lah bye :)

3 comments:

Pacek ABU sifir said...

tips y bagos utk org y malaz cm saye
-she-

nelly said...

Berguna ni ..hehehe

Farah said...

pashmina kan tuh .