helo :)
firstly tahniah dekat semua budak yang ambil SPM tahun lepas sebab dah dapat result masing-masing. yang dapat result gempak tu, tahniah banyak. yang kurang gempak tu bersyukur lah ok? cuba lain kali. hehe.
so apa nak buat lepas ni?
untuk matrikulasi , sure lah korang dah apply masa dekat sekolah kan. rasanya untuk matrix, tak lama lagi keluar lah result sama ada korang dapat tempat atau tak. untuk asasi mungkin lebih kurang bulan depan juga result keluar dan daftar dalam bulan mei. tu dulu lah, masa zaman aku. tak tahu tahun ni macam mana. ada juga dengar cerita yang universiti nak buka bulan sembilan. entahlah kan.
yang penting korang kena selalu-selalu cek dekat internet sama ada dah ada panggilan ke mana-mana kolej atau universiti ke belum.
untuk JPA dan MARA, permohonan boleh buat hari ni dan akan ditutup seminggu selepas keputusan diumumkan. so baik pergi cepat-cepat. nanti lambat-lambat takut terlupa pulak. untuk cerita panjang sikit pasal JPA boleh pergi tengok tajuk-tajuk entri hot kat atas tu dan klik tajuk "seciput ilmu untuk lepasan SPM yang nak mohon biasiswa JPA" (lebih kurang camtulah tajuk dia.
aku prefer JPA sebab interview dia berkumpulan. MARA sorang-sorang. huhu.
ok lah. congrats semua :)
PS : result semester 1 dah sampai rumah. grrr.
No comments:
Post a Comment