Wednesday

seciput ilmu untuk lepasan SPM yang nak apply biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

untuk kesekian kalinya, aku memang berhajat sangat nak jadikan blog ni blog ilmiah. sekurang-kurangnya ada juga manfaat kau orang baca blog ni kan (kalau kau orang baca lah) tapi siapalah aku nak bercakap pasal soal ilmu yang aku sendiri tak cukup. jadi aku hanya mampu nak memberi sedikit pandangan ajelah kot.

sekarang sudah masuk bulan januari bermaksud dalam lebih kurang sebulan lagi, budak-budak yang ambil SPM tahun lepas akan dapat result. sebelum apa-apa, tahniah dulu lah aku nak ucapkan kepada semua kerana berjaya menghabiskan Sijil Pembawa Maut dengan jayanya. nampaknya kau orang hebat, sebab masih hidup dan bernyawa.

sesiapa yang rasa mereka berkelayakan untuk mohon biasiswa yang macam gempak, mungkin ada yang tak tahu lagi macam mana. so, aku cuma nak share sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni. kalau nak baca, bacalah ok?

lepas dapat result SPM (tahun lepas) terus kecoh tentang permohonan biasiswa JPA dan MARA dibuka. so aku pun pergilah website dia. kalau tak tahu website dia, boleh lah google search, taip lah Jabatan Perkhidmatan Awam. pastikan kau orang apply untuk biasiswa, dan bukan pinjaman.

sebagai seorang anak yang mendengar cakap mak bapak, aku pun memilih untuk memohon biasiswa untuk Program Ijazah Luar Negara, JPA dalam bidang perubatan berkembar. dulu aku tak faham pun, apa kejadah nya perubatan berkembar tu? selepas isi semua butir peribadi, tak silap aku ada benda yang kena print. so print jelah kan.

tak lama lepas itu, ada Program Pendedahan Kerjaya sebagai Seorang Doktor. ini wajib pergi untuk budak yang apply medik JPA. aku pilih Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. program ni memang best lah. sebab kau orang boleh dapat banyak ilmu dari sini. aku dulu antara yang bertuah sebab group aku tersesat lalu termasuk ke dalam ICU. dan yang paling TERBAIK, aku kena berucap depan semua peserta program. cool kan? =.=

group 2
ex-samurians


lepas tu ada pula interview. aku dulu kena interview dekat UiTM Larkin, Johor Bahru. apa impression korang terhadap biasiswa luar negara? mesti korang ingat kena speaking sepanjang masa, cakap itu ini macam korang tahu semua benda kan? sebenarnya tak lah macam tu. depends pada pusat interview korang.

SIKIT TIPS :

- datang awal
interview selalunya pukul 8 pagi. so datanglah on time. selepas tu ikut lah arahan orang kat sana. macam aku dulu, kena tengok nombor giliran. untuk tahu korang kena interview dekat panel nombor berapa, dan orang ke berapa. aku dulu panel nombor 4, nama nombor 3. maksudnya aku ialah group pertama. JPA interview secara berkumpulan. sekali masuk 5 orang. pengalaman aku, aku ialah group pertama, dengan satu-satunya budak Melayu. yang paling terbaik, giliran aku nombor tiga. maksudnya aku duduk di tengah-tengah depan ketua interviewer.

-research
research pasal current issue. macam masa aku dulu semua sibuk cari soalan spot macam masa SPM. korang dah biasa kan? so boleh lah praktikkan lagi. masa aku interview, current issue ialah tentang H1N1. tapi aku tak dapat soalan tu. aku ditanya pasal merokok. jangan terkejut bila aku cakap, salah satu soalan ialah "ada gambar apa pada kotak rokok?" dan semua tak dapat jawab. so, aku lah yang jawab :)

-tak semestinya Bahasa Inggeris
masa aku, mungkin sebab aku di Johor Bahru, so macam dia nak tengok kita cakap bahasa Melayu juga. masa tu ada 3 interviewer, satu speaking, satu berbahasa Melayu dan satu bahasa campur-campur. aku jawab soalan guna bahasa yang mereka guna dalam soalan. setahu aku, bila dia tanya dalam Bahasa Melayu, kalau boleh jawab lah dalam bahasa Melayu juga.

-orang tamak selalu rugi
tak juga. masa aku dulu, dia ajukan soalan pada orang yang spesifik. maksudnya, tak payah berebut. tapi bila ada masa korang kena berebut untuk jawab, jangan jadi terlalu tamak sampai kau seorang je jawab semua soalan. bagi peluang juga pada orang lain. sedikit toleransi ok? :)

-relax. kalau relax tak ada apa-apa
ni petua kawan aku. pastikan kau orang relax :)

that's all for now. share lah ilmu yang seciput ni ok. good luck.












ps :dan sekarang, aku ditaja JPA dan perlu struggle untuk pastikan tempat di oversea. wish me luck, please.

4 comments:

Nik Lisa said...

resume a must x?

perubatan berkembar tuh ape?

run aziluz said...

rasanya tak wajib tapi better buat lah. perubatan berkembar tu ialah separuh dekat oversea dan separuh dalam malaysia. dekat INTEC ada 3 jenis. PMC-ireland , MMC-india, IMU-UK/ireland

i n t a n said...

wahhhh ! akak dulu samurians ke ? :)

Aqilah Azmi said...

terima kasih <3