Sunday

saya dan komik : patriotik kan saya.



ini sebahagian. yang lain ada kat rumah. *saya baca semua jenis komik. asuh pun saya baca*



dah bosan dari sebelah kiri maka saya pun kembali ke fitrah tulisan rumi yang sepatutnya bermula dari sebelah kiri. haha. mood ber-blogging saya makin lama makin gila. jadi post yang dibuat pun makin lama makin entah apa-apa. dan ini. saya nak cerita tentang hobi. sikit jelah.

salah satu hobi saya ialah mengumpul komik.

saya suka komik buatan Malaysia. lebih-lebih lagi komik gempakstarz. bila nak beli komik, saya akan pastikan dulu sama ada itu komik yang translated dari negara luar atau memang artis Malaysia yang lukis. (artis - orang seni. bukan penyanyi sahaja) selalunya saya tak suka beli negara luar puya komik. saya paling suka dulu ialah Zint. awal-awal saya beli komik, kebanyakannya komik Zint. saya tak suka lukisan comel-comel. saya suka yang nampak ganas sikit. senang cerita, macam lukisan Zint lah. Zint tu siapa? hah tengok under 18 lah tu semua Zint punya lukisan.

entah dah berapa banyak duit habis untuk komik. ahaa. dan dah berapa tahun saya kumpul komik, saya akhirnya berjaya kumpul semua (semua ke? rasanya macam itulah.) siri Under 18. termasuk juga under age. terbaru ialah keluaran julai 2010. under 18 - diari sivik yosi. yang ini bukan komik sangat lah, dia novel grafik. tapi dia macam cerita summarize balik dari under 18 komik yang cover warna kuning tu. cuma ending lain sikit.

sepanjang beberapa tahun mencukupkan koleksi, sebenarnya saya paling susah nak cari ialah under 18 cover kuning. kenapa ya? padahal itu keluaran 2001. haha. mungkin saya patut cari komik tu masa darjah tiga dulu. tapi terlambat. nasib saya baik bila tiba-tiba ada booth komik di uitm shah alam kampus induk masa saya singgah dekat sana. hasrat hati tak nak beli komik lagi. sekali nampak pula. cepat jelah sambar. ahaa.

rasanya dah beratus habis untuk komik. rak buku pun dah penuh dengan komik.

komik terbaru yang saya beli ialah komik "aku, kau dan merdeka" keluaran Komik-M. kan saya dah kata. saya suka komik Malaysia. biarlah orang nak cakap saya patriotik pun. saya memang semangat cintakan negara tu lebih sikit. dulu masa form 1, dah tidur pun saya masih boleh bangun bila dengar lagu negaraku pukul 12 tengah malam. ahaa. tapi sekarang dah tak.

hmm. cuma yang sedih sikit, kenapa kita boleh diam, berdiri tegak dan menyanyi sama jika dengar lagu negaraku? tanda kita hormat. tapi bila dengar azan, ada antara kita yang tak hormat?

ok lah. rasanya macam dah terpesong dari tajuk. sekian.

Photobucketthanx.do come again.

No comments: