Sunday

mom's day special

today : 9th may 2010 (2nd sunday)
this post is dedicated to a superwoman named Nor Asiah

hello mum. this is the 18th mothers day we celebrate together. hehe (poyo je) thanx for being such a good mother.. caring. spoting. ROCKIN' (yeah!!) walaupun sometimes u scold me (its my fault) u still the best mother on earth. huhu. actually i dunnow what to say (T_T)

kenapa aku post kat sini? saja nak poyo kah? tidak.. actually, aku segan nak cakap macam tu dekat mak aku. hehe. pelik kan? ntahla. ingat lagi, masa aku kat hostel, bila aku call mummy aku, dia akan tanya, "ada apa?" selalumya aku hanya akan menjawab "saja ja." aku tengok orang lain, selalunya mereka akan cakap begini dgn ibu mereka "mak, rindulah kat mak. dah lama nak tengok muka mak. dah lama tak makan masakan mak. dah lama tak cium ketiak mak." dan blah blah blah.. aku pernah juga mencubanya. "saje call mummy. rindu." apa jawapan mummyku? "geli je"

HAHA.
memang kitorang macam tu. yep, mummy memang sgt slamber orangnya. kadang2 macam member. huhu. best kan? jangan jeles ;) alah. sure sangat semua org akan cakap mak dia lah the best. macam tu gak aku. mak aku tak macam mak korang. mak aku suka tengok bola. dan di sini aku nak mintak maaf sebab aku selalu marah bila mummy tengok bola, sebab bila mummy tengok bola, rumah aku jadi lebih bising dari stadium. baru je penyerang dapat bola di kaki, mummy dah menjerit GOAL!!! (padahal tak gol pon) huhu. unik kan? ya, mummy memang seorang yg sangat bersemangat. penat nak berfutsal, badminton, ping pong n etc ngan mummy.

mummy juga seorang yg tabah. mummy membesarkan 5orang manusia ni sehingga menjadi terlebih BESAR. huhu. tapi ada 1 bende yg mummy untung ketika memasak utk kami, iaitu, mummy tak perlu masak sayur. kerana kami semua karnivor. huhu. saya paling suka nasi ayam mummy sebab tak pernah lagi jumpa kedai yg jual nasi ayam camtu. nasi kuning, ayam hitam dan sedap sangat2. huhu. rindunya nak makan nasi ayam mummy.

mummy suka alleycats. mummy juga suka sharifah aini (dulu lah) sebab itulah mummy dapat anak rambut kerinting (you know who..) ya, maybe tahun 92 ialah tahun kegemilangan alleycats di hati mummy. tapi takpe lah. thanx mummy. kalau tak kerana tu, mungkin adek tak dapat rambut curl yang MAHAL ni. hehe. orang sekarang sibuk nak curl kan rambut. adek tak payah susah2 pun, dah ade. hehe.
mummy cikgu tadika saya. masa saya 6tahun saya pindah sekolah, dari tadika kemas ke tadika perpaduan. masa tu, mummy still pembantu lagi. aku masih ingat (kejap aku, kejap saya) , masa pagi2, masuk kelas, kitorang kena nyanyi. lagu dia camni.

"bangun pagi. gosok gigi. cuci muka pakai baju. minum susu makan roti. adik adik
suka hati. jalan jalan pergi sekolah. nampak cikgu depan pintu. selamat pagi
cikgu maznah. selamat pagi cikgu nor."


unTuk moms day tahun ni, aku ade sumting :) nak tengok? (nak ke taknak, aku nak tunjuk gak. tak kireeee!!!)

crocs n card


luar

dalam (tak siap agi)

ape2 lah nye pun. saya sayang mak saya.
.my mummy and i.

Photobucketthanx.do come again.

1 comment:

Darwish Arief said...

SAYE SAYANG MAK SAYE:)