hari ni sudah masuk hari keempat saya berada di Malaysia. dan mungkin, saya patut berhenti kira hari ini ialah hari ke berapa, sebab saya sangat berharap yang saya akan berada di sini terus-terus sampai bila-bila.
"apa benda pertama yang awak buat lepas tiba di Malaysia?"
rakan saya (yang sebenarnya bekas pakwe) saya tanya, malam setibanya saya di Kuala Lumpur. saya cuba mengelak untuk menjawab yang satu ini, tapi saya tidak dapat menipu. maka saya jujur sajalah bahawa benda pertama yang saya buat ialah makan. ya, kuat makan. dan gemuk.
pergi toilet, angkat beg dan lain-lain tu tak kiralah.
mula-mula, keluar saja dari KLIA, abang terus pergi drive-thru McD. saya order happy meal dengan ayam goreng dan mainan Ultraman yang akhirnya jadi milik Aidil Amri.
lepas itu kami ke Bangi, Red Wok, dengan harapan untuk makan stimbot tapi malangnya stimbot penuh. jadi kami makan ala-carte. kami order ayam lemon, lala masak ala Thai, sup sirip yu dengan isi ketam. saya minum air barli suam.
lepas itu kami ke kajang. pergi downtown jalan reko. makan pisang goreng cheese, kuih putu bamboo.
lepas tu saya ikut kawan-kawan saya ke downtown mines. makan sengkuang calit. dan dia belanja aiskrim goyang perisa baby blue. sebelum balik, kami sempat singgah di restoran mamak dan kawan saya lagi seorang belanja mi goreng mamak dan teh tarik.
esoknya kami ke IKEA untuk pekena meatball yang famous tu. dan beef ribs. tapi beef ribs IKEA tidak boleh lawan beef ribs di TGI Fridays. iyalah, tengok harga pun sudah tahu.
dalam perjalanan pulang ke Johor, saya cuma makan waffle. sebab saya sudah tidak mampu makan lagi tengah hari dan petang itu.
semalam saya pergi makan mi bandung udang galah di Pekan Nanas. harini pula saya sudah masak ayam kari. tiba-tiba abang datang ke rumah bawa murtabak cheese yang sedap seperti hendak menumbuhkan kepak saya dan membawa saya terbang.
nasib baik, lepas empat hari yang penuh dengan makanan, berat saya tidak naik.
No comments:
Post a Comment