Thursday

Segmen #RunNakKurus : Resipi Kek Dalam Mug Paling Mudah Di Dunia

pernah teringin nak makan kek buatan sendiri tapi tak reti buat? pernah rasa nak makan kek tapi takut gemuk? saya ada cara. lose weight now, ask me how. gaytooh.

jadi hari ini saya nak berkongsi resipi kek dalam mug atau nama omputih nya Cake-In-A-Mug. benda ni ya ampun tersangatlah mudah sampai saya yang tak berapa tera memasak ni mampu buat setiap hari (lupakan tentang berat badan) kahkah. okay jom mula!

pertama sekali, anda mesti mempunyai sebiji Mug bersaiz biasa. tak kisahlah mug Upin Ipin ke, mug One Direction ke. yang penting sebiji Mug kaca. dan anda perlu mempunyai sebiji Microwave. kalau takde microwave tu, minta ampun lah saya pun tak tahu nak buat macam mana T_T

bahan-bahan yang anda perlukan:

  • 2 sudu besar menggunung tepung gandum
  • ~ 1/2 atau 1 sudu kecik baking soda
  • sebiji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar susu segar (kalau nak sihat, boleh guna unsweetened soya atau almond milk)
  • serbuk koko (atau kalau nak buat perisa buah, letaklah perisa buah / potongan buah
  • cinnamon powder (optional, selalu guna untuk kek perisa buah. tutup bau telur)
  • madu - untuk manis (tapi kalau guna Hot Choc powder yang dah manis, letak sikit je!)
  •  ----- mixture anda akan jadi tak berapa likat. biar dia macam cair-cair sikit, so takdelah kek keras serupa brownies nanti hikhokhikhok.
kacau semua benda dalam mug kaca anda. letak dalam microwave. microwave dengan Medium Heat selama 2 minit atau sampai kek anda masak. dan enjoy!

contoh: cake in a mug - apple cinnamon. with whipping cream. sedap hokay!


ps: boleh letak whipping cream / dessert cream kalau nak. tapi kalau nak sihat dan kurus, makan plain jelah okay! sebab kek tu dah manis dah pun.

kalau terlebih tepung, kek anda bakal menjadi brownies. sekian.

kalau letak buah seperti epal, rasa dia akan jadi macam apple pie McD tu, jus dari dalam buah bakal meresap masuk dalam kek so kek jadi basah dan lembut sikit. kalau nasib tak baik, boleh jadi hollow cake. kahkah.




selamat mencuba!