Saturday

Sayapatah 3 tapi sebelum tu kena exam dulu.

 Sabtu.

Peperiksaan hampir kepada penghujungnya. Bakal berakhir 23 januari ini. Amboi gaya macam penyampai berita kan. Lantak lah. Dah lama tak tulis kat blog. Rasa macam kekok. Rasa macam dah tak biasa. Ini semua poyo.

Semalam saya habiskan masa dengan tengok maharaja lawak mega. Pada saya, saya lebih suka lawak boboi. Saya cuma tengok boboi shiri dan jozan je semalam. Entahlah. Saya rasa threshold lawak saya agak tinggi kot. Tapi saya boleh gelak masa boboi. Masa jozan tak. Saya tak tahulah saya yang pelik ke atau juri yang pelik. Haha.

Tak sabar nak habiskan periksa ni. Keputusan belakang kira (walaipun tak boleh belakang kira sebenarnya. Gila kau siapa nak bayar kalau kau tak perform study. Pffft) tapi yang penting nak habiskan exam yang ni. Lepas tu melepak ke tempat tempat yang dah dirancang. Nak pergi zoo. Nak pergi maze. Main biri biri. Nak pergi UCD. Nak pergi main boling. Nak pergi beli Auntie Anne punya pretzel.

Lepas tu nak buat filem Istanbul Aku Datang. Kihkih.
By the way projek zine Sayapatah 3 akan bermula Februari ini. Marilah join. Marilah. Nanti saya bagi hadiah kepada pemenang bertuah. Haha

Hai nama saya aidil. Comel kan kasut zebra saya?
Sebab auntie yunyun saya yang belikan so mestilah comel. Kikiki.

2 comments:

Martini Muaz said...

walaipun takpa, keju. kakaka!

Azhar Ibrahim said...

Nak join, buleh? :-)

Pastu nak hadiah terus ~keh keh keh~