Saturday

STICKY POST: let's become a writer for one night: Sayapatah 3.

[this is a sticky post. scroll down for recent posts]

hello everyone!

are you free on 9th February? do you want to join us writing, drawing or taking pictures for fun? have you been in other continents? or maybe there are numerous interesting stories you want to share related to the theme Continents; Distance, New etc.?

everyone has their own ability.
doesn't matter what it is, come and join us!

if you have no idea about the zine Sayapatah and the project, please click here.

ewah macam iklan apakebenda kan. kahkah. okay kali ini kita serius. ehem ehem.

okay okay. saya cakap Bahasa Melayu okay.


di sini saya ingin menjemput anda-anda-anda-anda dan anda semua untuk bersama-sama menulis untuk zine ketiga bawah nama Sayapatah. program nya lebih kurang macam projek dulu (Sayapatah 2; sila klik sini.) cuma kali ini, penyertaan terhad di twitter sahaja.

tema kali ini ialah:
Continents; Jarak, Baru dan Lain-lain.

anda tak perlu pun duduk menetap di benua lain untuk anda boleh menulis untuk zine ini. anda boleh juga menulis untuk benua yang anda duduk sekarang. kalau tak tahu benua apa, pergi google sekarang. kalau anda rasa nak menulis untuk benua lain, sesaat menjejakkan kaki sudah cukup. atau, pernah mimpi pasal benua berkenaan pun sudah cukup. kahkah! senang kan senang kan.

dan kalau tema benua itu terlalu berat untuk anda, tuliskan sahaja apa yang anda dapat bila tengok perkataan Jarak, dan Baru. contoh macam apa kesan dia pada anda ke. apa apa lah. argh tension ah gini. err. faham tak macam mana? tolonglah faham. tolonglah. .___.

tarikh mula:
9 Februari 2013
masa, akan dibagitahu kelak di twitter (berikutan banyak garisan masa yang kita kena bincangkan isk isk isk) kemungkinan besar ialah pada pukul 10.30malam waktu malaysia. maaflah macam lewat tapi, ya macam dikatakan tadi, kena consider orang orang yang lain garis masa ni (-----read: saya)

sila tweet puisi twitter anda berkarakter 129 karakter, bersama-sama hashtag #sayapatah dan pastikan tweet anda, saya boleh nampak di ruangan search di twitter. kalau saya tak nampak, tak dapat lah saya nak menolongnya. acano kan.

selain puisi twitter 129 karakter, anda juga boleh tweet gambar yang anda ambil sendiri, kamera filem sangat dialu-alukan, atau gambar lukisan original hasil kerja tangan anda sendiri. kalau rajin boleh lah letak watermark nama anda ke, kalau takut orang lain ciplak dan claim itu lukisan dia. hihiks.


sebarang soalan, boleh cek dekat sini dulu sama ada ini ialah soalan yang anda nak tanya atau bukan.

kalau ada masalah lagi, (ikan paus ada masalah, anjing, lembu kambing semua ada masalah tapi masalah paling besar ialah masalah manusia) sebarang pertanyaan atau permohonan atau sesaja nak bersuara, jangan risau saya akan listen when you talk, boleh suarakan dekat kotak komen bawah sini, tweet saya di @cikrunrun atau tanya ke facebook saya: Run Aziluz atau whatsapp saya di nombor... ehem! rahsia lah. hihiks okay sumpah gedik nak mati elok lempang je dia ni.







ps: doakan perjalanan kami dari Dublin, Ireland ke Istanbul, Turki selamat, dan semuanya berjalan lancar dari awal ke akhir. nanti dapat lah korang baca cerita Istanbul Aku Datang versi saya. wkwkwk.


3 comments:

Aimi Rosli said...

wah, ini kalau ada masa lapang, insyaAllah akan join (:

Athirah Medan said...

Nanti ananounce kat twitter bila dah start!

D-SIM said...

err. . nak gambau dari tukey, kehkeh