Tuesday

cerkon : sambal giling tanah mercurial

source: falling

"saya gagal. saya bodoh. saya mahu mati."
"tapi kalau Tuhan tak mahu matikan kamu, kamu takkan mati."
"tapi selalunya jika terjun dari tingkat lima belas, sudah pasti mati."
"tidak juga kalau Tuhan tidak izinkan."
maka si yang mahu mati berlari anak ke tingkat lima belas rumah flat nya. yang si penghalang si mahu mati mengekori dengan lari-lari anak juga.
"saya mahu mati!" jeritnya sambil memajukan sebelah kaki keluar dari balkoni.
"jangan. kamu tak boleh mati dengan cara ini."
si mahu mati berkeras. terus dia duduk bersila di atas balkoni. dibebel-bebel tanpa jelas butir bicara. tidak habis-habis dengan niat mahu mati. si penghalang yang mahu mati duduk berteleku di tepi pintu. menguap dua tiga kali. bosan.
"saya mahu mati." kesekian kalinya ayat keramat itu dilaung sehingga flat blok sebelah mula terang akibat jiran-jiran mula buka lampu. 
"jangan.""saya tak kira." 
"pergilah. pergilah mati." bosan si penghalang yang mahu mati.
si mahu mati terpana dengan jawapan si penghalang. terkedu.
"saya terjun! saya terjun!"
"terjun lah."
si mahu mati mula membuka langkah. seperti tadi sebelah kakinya tergantung-gantung.
"saya terjun betul ni!"
si penghalang mendengus. kemudian dengan sengaja dia tergeletek bahagian lutut si mahu mati. lalu tergelak geli si mahu mati lalu terjatuh ke tanah. bunyinya ceplek. seperti bunyi cerpelai jatuh ketika berlawan dengan naga di atas langit.

si penghalang segera berlari bapa menuju ke tanah. terlihat sekujur tubuh yang masih bergerak sikit-sikit di atas tanah. itu dia si mahu mati yang hampir mati tapi belum mati.
"kamu dah mati?"
"belum."
"bukankah kamu kata kamu mahu mati dan akan mati jika terjun dari tingkat lima belas?"
si mahu mati senyap hanya darah tersembur-sembur keluar dari mulut. seperti bebelan-bebelan yang tadi-tadi, yang tak jelas butir bicara. mungkin cuba mengucap.
"kenapa kamu tak mati ni?"
buih-buih merah hitam tersembur-sembur lagi dari mulut.
"matilah! matilah! matilah!" si penghalang naik seh.
lalu kaki yang sedia bersarung but bola yang dipakai dari petang tadi dihentak-hentak ke kepala si mahu bunuh diri. sehingga lumat dan berupa sambal giling.
"ini kepala ni patut pecah! bodoh. bodoh. kamu gagal. kamu memang patut mati. kamu gagal. kamu bodoh." kata si penghalang sambil terus memijak-mijak kepala bangang tadi sehingga berbunyi cepelek cepelek.
si mahu mati sudah diam. mungkin kerana sudah tidak ada mulut dan otak untuk bercakap akibat dipijak but bola mercurial warna kuning.

selepas sambal giling tadi lumat dan sebati dengan tanah, si penghalang tadi pergi dengan memakai but mercurial, ketika balik ini berwarna oren.

2 comments:

.::TAIKO ::. said...

erk..hah
tu kalau kasi gelek dgn bulldozer lg best

Zehan Ilyana said...

pengajaran moral yg tersembunyi dan bermakna...
:)
nice one..
whoa.. seriusly mmg cara penulisan yg unik..:)
keep it up! :D