Thursday

Segmen #RunNakKurus : why?

hai semorang.

macam mana dengan perjalanan mendapatkan berat badan ideal anda? perjalanan saya, hmm gitulah hendaknya. disebabkan kesibukan diri yang tak berapa reti nak membahagikan masa ditambah lagi dengan exam yang semakin dekat, semakin kurang gamaknya masa dihabiskan ke gym. workout kat rumah pun makin lama makin hambar je. makan pula kemain banyak. ish ish ish.

"whenever you feel like quitting, remember why you started."

sesetengah orang, memang perlukan sangat 'sebab' untuk dia buat apa-apa pun. terutamanya kalau benda yang dia nak buat tu susah. contohnya, kenapa saya nak belajar? sebab nanti saya nak kerja bagus. kalau tak belajar elok-elok, nanti tak dapat kerja bagus (tak tahulah ni applicable ke tak tapi cuma nak jadikan contoh je)

jadi apa sebab yang mendorong #RunNakKurus ? kalau nak difikirkan, banyak sebab sebenarnya macam yang saya nak tulis ni. tapi bila difikir-fikir balik, sebenarnya merepek je semua sebab ni.

1. nak cantik
cantik tu subjektif sebenarnya. depends pada mata yang melihat. kurus, tak semestinya cantik. tapi selalunya orang fikir macam tu lah kan. ini semua pengaruh media yang suka tepek model saiz 00. *dengki*

2. gemuk-gemuk nanti pakwe lari
my friend once said, kalau pakwe yang suka awak sebab kecantikan awak je, tak payahlah. sebab benda tu tak kekal pun. sesetengah orang rasa takut kena tinggal pakwe kalau dia takde usaha nak kuruskan badan. saya tak rasa benda tu applicable untuk saya. sebab? saya dan pakwe dulu got together lepas SPM. dan lepas SPM tu saya naik 10kg akibat makan tidur memanjang. muehehe. dan bila berat saya dah turun, dia blah ToT
alasan ni pun memang tak boleh pakai sebab semua orang ada preference masing-masing.
"eh, you tengok model tu kaki dia kecik nyaaaaa jadilah macam tu you. cantik kot."
"you tengok Jen Selter tu peh mantopnya. you squat lah bebanyak mesti boleh jadi mantop gitu."
dan macam-macam lah.
jawapan dia senang je, "i don't do this to please you." lemak saya takde kaitan dengan hang. kthanksdie.

3. nak sihat
ini sebab yang penting, dan tak dikira merepek. nak kata, bukannya gemuk tu confirm berpenyakit. tapi kegemukan a.k.a obesity tu ialah risk factor untuk pelbagai penyakit contohnya sakit jantung etc. masa saya naik 10kg tu, saya sihat je pun. tapi apa salahnya kurangkan lemak, lagi sihat :D

4. baju dah banyak tak muat
alasan yang ni bagus jugalah kot. tak payah membazir duit beli baju baru. haha.

lepas beberapa ketika, saya sedar yang sebab utama saya nak kurus ialah diri saya sendiri. entahlah. bila tengok berat badan turun rasa macam puas hati. lagipun, apa guna makan banyak-banyak bila sebenarnya kita dah kenyang? apa guna buang duit makan luar banyak-banyak kali sedangkan boleh duduk rumah dan buat benda lain dan at the same time boleh kurangkan makan? haa seronok kan. jadi marilah bersama-sama menyertai program #RunNakKurus lol.

zaman makan tidur sampai jadi belon.
tatap lama-lama dan sedar diri.

No comments: