Wednesday

cerpen: selamat hari natal dan harijadi, Elizabeth

jam 1940
24 disember 2013
suhu -4 darjah Celsius
sedang bermain di telinga: Predicament - Adib Fidaus

Elizabeth masih di depan komputer ribanya, di meja kerja, menghadap tingkap yang menghubungkan biliknya dengan luar rumah. penat menghadap skrin komputer, Elizabeth melontarkan pandangan ke luar tingkap. salji-salji halus turun dalam pelbagai bentuk. ada satu snowflake yang melekat di tingkapnya, kemudian hilang. mungkin suhu kaca tingkap biliknya agak panas disebabkan Elizabeth memasang pemanas udara.
lagu Predicament yang liriknya ditulis oleh seorang yang dia kenal - Amir, terus bermain-main tanpa henti di corong telinganya, masuk ke middle ear, seterusnya ke inner ear, menggegarkan tulang stapes yang kemudiannya memindahkan gegaran kecil kepada sel rerambut pada saraf pendengarannya. sambil-sambil auditory cortex nya diusik petikan gitar dan bait-bait lirik, hatinya sedikit-sedikit rasa tersentuh. ingatannya secara tidak sengaja kembali kepada bekas kekasihnya, Michael, yang kini berada lebih 20,000 kilometer darinya. dengarnya Michael sudah berbahagia dengan kekasih baru. lagi-lagi pada malam hari Natal ini, pasti malamnya meriah dan dihiasi wajah kekasih.


Oh I’m such a fool for believing in you.
I know I shouldn't trust you.
Oh I’m such a fool for believing in you.
And all the bullshit you spit around.


The day seems cloudy, the sun is hiding.
Then the rain pouring in.
And I’m the one weeping…


secara tidak sengaja air matanya menitis dari mata kiri. dan secara tidak sengaja matanya tertancap kepada kalendar di dinding, bersebelahan tingkap. esok 25 Disember. esok ialah hari Natal, merangkap hari jadinya yang ke-25.

"Kalau lah Krismas kali ini saya dapat awak. alangkah indahnya."

dan dia tertidur di meja kerjanya sampai keesokan pagi.

*     *     *     *     *

Elizabeth menggosok-gosok matanya. matahari sudah memancar terang. dia jeling jam di atas meja kerja. jam 10 pagi. terasa sejuk teramat sangat, rupanya tingkap biliknya terbuka. air jernih sisa cairan salji bertetompok di atas meja kerjanya. tapi dia masih boleh tersenyum.

"Selamat hari krismas dan hari jadi, diri sendiri." bisiknya perlahan kepada diri sendiri. dia bangun dari kerusi dan menutup tingkap. seterusnya dia menyusun langkah untuk ke dapur membuat sarapan. langkahnya terhenti bila dia tersepak sesuatu berhampiran pokok krismas kecil yang diletakkan di tepi pintu.

sebuah guni berisi. dia terfikir apa benda kah itu, dan apakah isinya. dengan sengih kerang kerana menyangka housemate nya tahun ini bermurah hati untuk memberinya hadiah krismas dan harijadi, dia perlahan-lahan membuka ikatan pada bahagian atas guni.

"ARRRRRRGGGGGHHHHHHH" jeritan Elizabeth memenuhi segenap ruang rumah sewanya lalu dia pengsan.

di tangannya, ada sebuah guni yang sudah dibuka, berisi bahagian-bahagian badan yang sudah dipotong-potong dan masih berdarah suam, milik bekas kekasihnya, Michael. dan juga sekeping kad bertulis.

"Merry Christmas and happy birthday."