Saturday

cerpen: paket kegembiraan JayJayJay

saya nak fe-feeling kejap. ehems.

beberapa hari lepas, tiba-tiba ada sepaket kegembiraan diterbangkan khas kepada saya. pada ketika itu, yang saya ingat, hati saya sedang pecah bersepahan, bersepai di atas lantai. terlalu banyak serpihannya, sampai saya sendiri tak mampu kutip dan sambungkan balik. ada juga saya cuba sikit-sikit, tapi tangan saya berdarah. sudah lah pada ketika itu tengah stress dengan peperiksaan akhir semester, hati pula pecah berderai. oleh sebab dah terlalu banyak kali tangan saya berdarah terkena serpihan hati sendiri, saya jadi penat. saya mula sedar yang selama ini ada orang lain jatuhkan hati saya, tapi ketika mengutip dan cuba sambung balik, saya cuma berseorangan. berusaha sendiri, dan terluka sendiri. dan saya penat begitu.

hari-hari saya yang sepatutnya diisi dengan air mata dan diselang-seli dengan bacaan nota untuk peperiksaan, tiba-tiba berseri bila saya terima sepaket kegembiraan yang memang Tuhan tuliskan dengan nama saya di atasnya. saya terasa seperti masanya kurang sesuai, tapi saya yakin Tuhan ialah pembuat plan yang paling bagus. jadi saya terima sepaket kegembiraan itu dengan rela hati.

dua puluh satu tahun saya hidup,
where have you been all this while?

terlalu banyak awkward coincidences dalam paket kegembiraan itu. setiap hari saya dihabiskan bersamanya. pagi, petang, malam. kalaupun saya terbangun jam satu pagi, paket kegembiraan itu akan sentiasa ada untuk saya. siapa sangka minat melukis saya yang telah terkubur selepas barang-barang lukisan saya dibuang, tiba-tiba muncul kembali? siapa dapat agak skill-skill melukis yang sudah lapuk selepas habis peperiksaan Pendidikan Seni Visual 2009, tiba-tiba diasah semula? dan siapa tahu, saat semangat menulis saya telah tamat bersama-sama pengeluaran Zine solo terakhir saya September lepas, tiba-tiba muncul balik? semuanya kerana paket kegembiraan tersebut.

"saya dulu ambil subjek PSV."
"saya pun! saya suka baca kamus."
"saya pun sama! saya suka pakai T-shirt characters."
"saya pun! saya ada gitar dengan keyboard kat rumah."
"saya pun! tapi saya tak pandai main gitar."
"oh, saya pun sama. saya ada main kamera filem"
"saya pun sama juga. kamera apa awak ada?"

dan perbualan tentang "saya pun sama" tak pernah berakhir. 24 jam dalam sehari, tolakkan beberapa jam untuk tidur dan mandi, selebihnya ialah masa bersama paket kegembiraan. sesaat pun dia tak pernah mengecewakan. setakat ini, at least.

tapi mungkin kita berdua cuma seperti dua sisi pada satu syiling yang sama.
sepadan,
tapi bukan untuk dipertemukan.




"i can't handle rejection."
"me too."


1 comment:

minda berbisa said...

pekaitan dengan kamu kan...