Friday

give away berhadiah dan buku sulung saya.

hai kawan-kawan dan lawan-lawan sekalian. rindu nak bergaduh dengan saya? rindu nak mengata saya? eh mestilah tak rindu nak mengata kalau hari-hari pun awak mengata.

disebabkan saya sekarang ni cuma bergantung hidup kepada internet maxis dan celcom, maka nya jarang sangat lah nak update blog. takde feel langsung nak menulis bila tak bunyi keletak keletuk bila menaip.

dan lagi. disebabkan saya baru saja balik bercuti (tak ada lah baru sangat tapi boleh tahan baru lah) maka nya banyak sangat benda yang saya rasa saya nak bagi kat orang ni haa. siapa nak? tapi takkan nak bagi free ke semua orang mana cukup. maka nya saya rasa nakbuat give away. siapa nak sila angkat tangan. baik. saya bercakap bersendirian.

seterusnya ialah syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya dengan keinginan yang terlalu kuat terhadap benda yang saya nak, sekaligus menyebabkan saya berusaha untuk mendapatkannya. terima kasih ibu bapa atas genetik yang diturunkan kepada saya.

in shaa Allah dalam bulan sepuluh ni ada buku keluaran Poket Press (poketpress.blogspot.com) bertajuk Seribu Enam Ratus Kilometer. buku ni kalau boleh beli, belilah. kalau awak sayang saya, awak kena beli. kenapa? saja.

okay tu jelah. kalau jadi buat give away nanti saya update lain.

selamat berpuasa. tingkatkan ibadah kurangkan juadah hentikan marah-marah.

No comments: