Tuesday

sihat dan bahagia

Hello semua orang dan yang bukan orang.

Apa khabar? Harap semua sihat dan sejahtera tanpa dengki meraja dalam jiwa. Gitu. Maklumlah manusia, ada je yang kat mulut bercakap manis, depan mata berperilaku malaikat tapi kat belakang kita mengutuk menghina serupa setan. Biasalah tu. Kan syaitan dah berjanji nak menggoda anak adam sampai kiamat. Sekian, cerama dari ustazah zuliza.

Ini sudah masuk hari keempat saya di rumah (--read: Malaysia.) Dan nampaknya saya telah memulakan cuti musim panas saya dengan riang dan gembira. Seelok touched down di KLIA, saya disambut kakak.dan terus balik ke johor bersama bekas pakwe. Tak ada gambar, sebab nanti ada orang dengki. Lewls. Taklah, dua-dua penat sampai malas nak ambik gambar. Lepas tu balik rumah menyesal. Saya penat naik kapal terbang 16 jam, dia penat drive dari KL ke JB, berhenti sekejap-sekejap je tiga kali. Kesian. Terima kasih awak. ♥ (LOL dah lama siut tak tulis pos gegedik macam ni)

Esoknya, pergi tengok Now You See Me. Malam pula main badminton. Semput juga lah melawan doktor-doktor muda main badminton sebanyak 4 set. Haha.

Semalam pergi Legoland. Daddy sponsor. Hiks. Ambik gambar, shopping macam orang gila.lepas tu rasa macam kat Malaysia ni semua barang pun mahal. So saya swipe jelah kad Allied Irish Bank, lega sikit tengok amount. Hee.


Hari ni, sarapan Kacang Pool. Teh tarik. Lunch asam pedas ikan pari, nescafe ais. Dah lama tak makan! Kat Ireland ikan pari susah nak cari. Kalau ada pun mahal nakharun.

Tu jelah kot. Tulis pepanjang nanti ada pendengki kata blog kita bosan. Aah memang bosan pun. Tapi lagi bosan hidup awak yang tahu nak kondem orang je tu haa. Terasa? Bagus. Sengaja.

1 comment:

Pencari Allah said...

Lunch minum nescafe ais kat rumah. Kat kedai makan biasa dengar. Jarang-jarang dengar dan baca :)