Tuesday

jujur, dan saya janji tak akan marah.

Pagi.

Hari ini tak rasa macam hari-hari biasa. Hari ni rasa macam, entah. Lain. Sejak semalam sebenarnya.

Dan selalunya, bila saya rasa macam ini, ada seseorang tengah merindui seseorang yang sedang bersama saya. Dan banyak kali, rasa itu betul.

Jadi saya tanyakan pada yang bersama saya, jika dia gembira bersama saya. Saya minta dia jujur dan berjanji tak akan marah, kalau dia jujur waktu itu. Saya tak akan marah walaupun dia dah sorokkan perkara sebenar bertahun-tahun.

Tapi dia kata dia gembira saja. Dia kata.

Saya tak pasti saya sudah ambil kegembiraan berapa orang. Mungkin memang saya bersama dia dulu, tapi kalau awak rasa memang tak boleh lupakan dia dan terus-terusan rindu dia, mungkin awak boleh jujur dengan saya. Jangan buat kerja diam-diam. Mungkin saya boleh lepaskan dia untuk awak yang baru.

Jujur, dan saya janji tak akan marah.

No comments: