hai kawan-kawan.
sebenarnya saya berazam untuk tidak online mulai hari ini hingga habis peperiksaan percubaan A-Level. namun saya telah gagal mengawal diri lalu berakhir di sini. teruk betul saya ini. ini semua kerana saya tidak boleh tidur tadi. macam-macam saya buat untuk menidurkan diri tapi tak berjaya. jadi saya online. sekejap lagi saya nak pergi study. huehue.
bapa saya bakal menunaikan umrah. rasanya gerak esok. doakanlah keselamatan beliau dan jemaah yang lain ya. terima kasih :)
doakan saya dapat markah elok sikit peperiksaan percubaan ni. peperiksaan betul-betul bulan Mei hingga Jun pun awak semua doakan ya. kalau saya pass, saya dapat fly, nanti awak semua tuntut poskad gambar clover leaves dengan leprechaun original dari Ireland okay? hihi
by the way, saya banyak betul buka you tube akhir-akhir ni. dan saya ingin memperkenalkan (kepada yang belum kenal) sebuah band bernama Lacrosse. muzik nya tak ganas. dan pada saya, comel. boleh lah mulakan dengan yang ini kemudian pergi related videos. selain itu, lagu Superman - Joe Brooks dan Busking for Fireworks - Uniform pun seronok juga.
lagu-lagu lain diorang yang best ialah seperti No More Lovesongs, Let's Get Old dan banyak lagi.
dan akhir sekali. saje je nak bagitahu karya saya dah ada dalam queue secret 7 writer. dan dah publish dekat kontrol histeria.
sekian. terima kasih :)

0 .4 membuntuti post:
Post a Comment